.:: KAU ::.

  • on Saturday, October 08, 2011



  • peringatan!! 
    amat panjang..kalau xnak bace...scroll sampai bawah tgk gmbar n trus ttup..huhuhu



    Ya..hari ni..aku akan bongkarkan segala rahsia yang ade pade diri Kau...walaupun tidak semua...tp cukuplah utk aku bercerita..bagaimana sebenarnya dirimu..

    Kau, sudah lame aku mengenali Kau..sejak permulaan aku mengenali diri kau, aku rase sangat bertuah..sebab Kau bukan seperti orang laen... walaupun pada awalnya aku xtau serba serbi tentang diri Kau, di sebabkan aku baru saja mengenali kehidupan ini...tapi lama kelamaan...bila kita sering bersama..aku rase....Kau lah yang terbaik buat diri ku...walaupun kadang2 ade berlaku perselisiham faham antara kita...bagi aku..masih tidak terlambat utk aku menyatakan yang bahawa aku sangat sayang pada kau..walaupun pada zahirnya tidak kelihatan...tp dalam hati aku..aku sangat sayang pade kau..aku tidak berniat utk menyakiti Kau.

    Kau seorang yang sangat tabah,,,,yup...sangat tabah....tiada perumpamaan yang boleh aku samakan dengan ketabahan yang engkau miliki..kerana bagi aku ketabahan yang Kau miliki sangat tinggi....tidak setanding dengan ketabahan orang2 yang aku kenali....walau ape yang terjadi antara kita, dan mereka...Kau masih lagi mampu untuk menahan segala karenah, ragam, dan telatah..walaupun pada aku....aku dan mereka..kadang2 telah melampaui batas2 yang telah di tetapkan...tp Kau masih bersabar...Kau tabah dengan apa yang berlaku, kau terima aku dan mereka sebagai ujian dri Allah..ujian yang kadang2 seperti Kau sudah tidak sanggup untuk menanggung kerana sifat keterlaluan aku dan mereka...

    Kau juga seorang yang kuat semangat...aku tau...Kau ade sesuatu yang orang laen tiada...sesuatu itu sebenarnya amat perit untak di tanggung...walaupun engkau tidak mahukannya...tapi apekan daya..Allah telah memberikanya kepada Kau...mungkin untuk ujian kepada engkau...atau mungkin sebagai sesuatu penyebab supaya engkau akan terus bermunajat kepada Allah demi kebahagiaan engkau di sana...walaupun sesetengah orang mungkin tidak menyokong atau memberi semangat kpd Kau...untuk mengharungi keperitan ini....untuk terus bersemangat menghadapi ujian dari Nya...juga kepada diriku..yang kadang2 alpa untuk memanjat dan memohon kesejahteraan dari Nya untuk Kau,..aku mohon maaf....aku sesal...sebab aku tidak menjalankan amanah yang Allah beri dengan sebaiknya..tp aku akan sentiasa ingat..dan akan cuba istiqomah..untuk mendokan engkau..

    Secara jujurnya aku mengetahui kenapa Dia memperlakukan Kau sedemikian rupa..aku bukan tidak mahu utk mendedahkannya..tp biarlah aku simpan dahulu..sehingga aku betol2 pasti dengan ape yang berlaku dan atas sebab ape Die buat begitu....aku rsae x sampai hati..kenapa dan mengapa keadaan sebegini boleh berlaku..kenapa ia berlaku??..kenapa tiba2 Die berubah dan memilaih jalan begitu...sedangkan dulu Die bukan seperti sekarang...aku tidak mahu di nyatakan sebagai "pembelot" atau "tidak mengenang budi"...tp aku seolah2 tidak dapat utk menerima perlakunnya sejak akhir2 ni terhadap Diri kau...sepatotnya Die menyokong kau...tp tidak..die seakan2 semakin tidak endah dengan kau...ermm..aku harap Die berubah...

    Kau seorang yang penyayang...bukan senang utk jumpa org seperti engkau...dalam hidup aku..hanya engkau saje yg memahami ape yang berlaku...kasih sayang Kau mmg amat bernilai...sangat2 bernilai...kadang2 Kau sanggup korbankan harta dan kepunyaan Kau..demi aku, Die dan mereka..kadang2 aku rase sedih..sebab aku jarang utk bekorban utk Kau...aku tidak mampu untuk menunjukkan kasih sayang seperti yang Kau tunjukkan pade aku, Dia dan mereka, tapi sebenarnya...jauh d sudut hati aku...aku sangat kasih dah cinta pade Kau...

    Bila aku kenang atas ape yang terjadi selama ni..atas ape layanan Dia pada kau...atas ape yang mereka lakukan pade Kau...aku rase..kami seolah2 tidak menghargai kau..bila susah....baru kami hargai Kau..mungkin bila Kau dah xde...baru kami tahu betapa berharga diri Kau pade kami...entah mengapa..rase sedih, sebak muncul ketika aku cube utk dedahkan identiti Kau yang sebenar...aku x mahu kehilangan Kau...aku xmahu Kau berjauhan dari aku..aku xmahu Kau lemah semangat, aku xmahu Kau terlalu ikotkan perasaan...aku tau..Kau adelah yang terbaik..biarkan mereka2 yang tidak mahu menghargai Kau..biarkan mereka2 yang tidak tahu utk bersyukur dengan kehadiran Kau dalam hidup ini,,, biarkan mereka tahu..suatu hari nanti..apa yang dieorg buat..bukanlah tindakan yang bijak...

    semoga Allah buka pintu hati aku, Dia dan mereka supaya utk terus dan sentiasa menghargai pinjaman Allah (Kau) ini...aku akan cuba sedaya upaya utk berdoa agar Kau juga bahagia, di lepaskan dari sesuatu yang kau juga tidak mahu.....dan juga...Kau menjadi seseorg yang terbaik di sisi Allah...insyaAllah...semnetara aku masih berpeluang ini..aku akan jadi yang terbaik utk diri Kau...aku akan buat yang engkau tidak akan menyesal ada kami di samping mu...














    Emak (Sayaiah bte Sareh)...engkau adelah yang terbaik bagi kami...


    :: Anak yang soleh akan berusaha menyenangkan hati ibu bapanya kerana mengharapkan reda dan berkat hidup daripada Allah. Mereka tahu bahawa setinggi manapun kedudukan, pangkat atau pemilikan harta kekayaan semua tidak sama nilainya dengan kasih sayang terhadap ibu bapa. Selain itu, doa ibu bapa sangat berkat dan mustajab. Oleh itu, anak yang baik lagi soleh akan mengharapkan keberkatan doa ibu bapa dalam menyusuri kehidupan ini. Sabda Rasulullah s.a.w, “Tiga jenis doa yang mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 
    chow,
    Akmal

    0 luahan perasaan:

    Post a Comment