berNILAIkah???

  • on Monday, June 06, 2011

  • Menurut Clyde Kluckhohn, nilai adalah suatu standard yang agak berkekalan dari segi masa, atau dalam pengertian yang luas, suatu standard yang mengaturkan satu sistem perlakuan. Beliau juga menaktifkan nilai sebagai satu `preference', iaitu sesuatu yang lebih disukai, baik mengenai hubungan sosial, mahupun mengenai matlamat-matalamat serta ikhtiar untuk mencapainya.

    Secara amnya, nilai merupakan sesuatu yang sangat dikehendaki melibatkan unsur penglibatan dan pemilihan. Ini kerana kebanyakan tingkahlaku yang dipilih melibatkan nilai, indiivdu yang berkenaan atau nilai kelompoknya.

    NILAI??

    pagi td..ak belajar falsafah ilmu berkenaan dengan nilai..selama ni ak xpernah terfikir secara specific ape itu maksud nilai..tp mase di kelas ak telah di tekankan dengan ape itu nilai...Bukan mudah untuk menafsir maksud nilai..laen orang laen pandangan dan juga laen masud nilai, ade yg ckp prinsip, ade yg cakap benda yang berharga dan mcm2 lagi. Tp pensyarah lebih gemar utk menyatakan ianya sebagai satu prinsip.

    Aku dapat rasekan yang kelas pagi tadi adelah kelas yang sangat seronok,...semasa kelas ini lah..ia hampir membuatkan ak raser ade beberapa titik air hampir mengalir keluar dari kelopak mata pemberian tuhan tetapi masih boleh dikawal.. Bukan kerana ape, ia nya di sebabkan menginsafi diri dan memahami maksud ape itu nilai yang sebenarnya. rupa-rupanya nilai tentang sesuatu bende itu mmg sgt2 tinggi nilainya. Kita pasti akan merasai sesuatu itu bernilai apabila ia nya telah pergi/jauh/ bukan lagi menjadi milik kita.

    satu analogi yang di utarakan oleh lecturer yang membuatkan aku terfikir sejenak. contoh: DUIT. duit itu bernilai, oleh itu kita simpan duit tu dalam wallet/dompet kita sebaik mungkin supaya tidak dicuri/diambil oleh orang laen. tapi bagai mana dengan maruah kita??..adakah kita betol2 jaga maruah kita sebaiknya??..sekadar pandangan.....seorang perempuan, tidak semestinya apabila die telah disetubuhi, maruahnya akan hilang, tapi pade ak..jika die tidak menutup aurat dengan sempurna juga menunjukkan die tidak sepenuhnya/bersungguh2 untuk menjaga maruahnya...tp itu sekadar pandangan...utk mencari kebenaran..

    nilai persahabatan juga di timbulkan oleh lect...segala yang di ucapkan nya amat bertepatan. pade ak...nilai persahabatan amat penting...ianya berbeza dengan kawan. Apabila kawan itu mengkhianati kita, pasti kita akan terasa sakit, apetah lagi bila sahabat itu mengkhianati kita??...pasti kesakitan itu lebih lagi...dari situ kita akan tahu bagai mana nilai persahabatan itu. Nilai bersahabat ini akan dirasai nikmatnya apabila kedua-dua pihak tidak mengkhianati antra satu sama laen dan bertolak ansur.

    pendapat ak, Nilai itu, satu prinsip, dimana ianya akan membentuk keperibadian seseorg. tidak kisah samada nilai itu baik atau buruk...ia akan menunjukkan bagaimana sifat keperibadian seseorg itu. oleh itu pupuk dan hiasilah diri kita dengan nilai yang terbaik & terpuji..walaupun ianya bukan mudah...tp kalau anda dan dri ini sentiasa istiqomah...pasti Allah tahu niat kita itu bagai mana..insyaAllah...



    ingatlah...yakinlah dengan janji2 Allah..&...Allah pasti dengan setiap aturanNya..

    4 luahan perasaan:

    Farhan Hanif@ Paan said...

    nice posting!!!!.. writing improve byak !!!.. semoga tabah hdpi kehidupan semasa & akn dtg.. tetaplah bersama NILAI anda..

    Akmal Ezat said...

    hahaa...mekasih2...ni saje jer...ntah xtau mcm ner ayat ak leh jadi mcm tuh...hahah...insyaAllah...aku mengharapkan doa2 dari korng la..supaya aku boleh jadi manusia tabah menghadapi setiap ujian dan cabaran dri Nya...

    Aina Meducci said...

    jadi jgnlah mengkhianati sahabat yg paling rapat dgn kita, sakit oo. tegurlah aku kalau ada salah ke pape, tp jgn sampai ignore. Ignorance is the most painful act I've ever hurt. :)

    Akmal Ezat said...

    intan: hahah..betol3..sgt menyakitkan...insyaAllah...mane yg xbaik akan di tegur...

    Post a Comment